Pengikut

Isnin, 9 Jun 2014

BAJU KURUNG MODEN

Assalammualaikum..

Dengan lafaz BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM

Hihihi tak sabar rasanya nak keluarkan produk sendiri.Mampukah?Berjayakah?Untuk pengetahuan pembaca,saya sedang merancang untuk mengeluarkan baju kurung moden sebagai permulaan.Fabrik dari kain cotton berkualiti tinggi.

Memandangkan musim perayaan tahun 2014 ni saya dapat banyak tempahan baju raya dari kain cotton,jadi saya terus berminat nak jadikan fabrik cotton ni salah satu dari fabrik pertama yang saya nak guna.

Design berkaki memang dah jadi tren sekarang.




Cantik tak??

Ini adalah beberapa contoh design.Ada banyak lagi pilihan corak tau.Tak sabar nak keluarkan.Mungkin lepas raya ni kot Inshaa Allah.

Hari ni masuk hari ke 6 berpuasa,tempahan baju masih menimbun lagi tak siap.Ok cukup dulu.Nak sambung menjahit.Haaaaahhh!!! Betapa saya sayang kerjaya saya ni

Ahad, 8 Jun 2014

MULA BALIK

Assalammualaikum...wahhh lama dah x buka blog ni.lupa pasword..

Musim perayaan bulan depan je.hujung bulan ni dah mula puasa.Jadi zura dah mula sibuk dengan tempahan raya yang dah bergunung-gunung tu.Alhamdulillah.
Terima kasih pada semua custemer baru dan lama.

Khamis, 10 Januari 2013

Tutorial Cara Pasang Zip Tanpa Menggunakan Tapak Zip

Assalammualaikum..
Hari ini saya nak tunjuk cara nak jahit zip tanpa menggunakan tapak zip.Memandangkan harga tapak zip yang sememangnya mahal,inilah satu cara yang boleh membantu kita menjimatkan kos.



Baiklah..Mula-mula sekali,kita perlu sambungkan dulu kain itu.Bila dah disambungkan(jahit),seterika bukaan kelim macam dalam gambar depan dan belakang kain ye.









Pilihlah zip dengan warna yang sesuai dengan kain.Bukakan zip tersebut ye.










Cara letak macam dalam gambar ni ye.











Ni pandangan dari bawah zip.Harap-harap semua faham ye.










Jahitkan biar tapak zip yg tepi itu mengenai besi zip.Jangan lupa matikan jahitan di permulaan tadi ye,takut benang terbuka je.








Ok.Bila dah sampai kat bahagian ini,tanamkan jarum kemudian..











Tarikkan zip dan jahit terus.










Teruskan menjahit macam dalam gambar ni ek.













Pastikan kelim di bawah zip itu dijahit sama.











Sampai je kat hujung,matikan jahitan ye.











Dah siap.senang kan.











Macam nilah rupa yang dah siap.










Guntingkan bahagian jahitan yang menyambungkan kain tadi sehingga ke hujung zip.










Dah selesai.Mudah kan,

SELAMAT MENCUBA YE.

Selasa, 8 Januari 2013

Tutorial Cara Jahit Lis Pada Tengkuk Baju

Assalammualaikum
Ada sesiapa ke yang berminat nak belajar cara nak pasang lis pada tengkuk baju kurung?Ha,kat sini saya dengan berbesar hatinya ingin nak tunjukkan serba sedikit cara nak jahitnya.Saya pun bukanlah pandai sangat.Cuma ingin mengongsikan ilmu yang saya ada.





Ok.Langkah yang mula-mula sekali,kenala potong dulu lubang untuk tengkuk baju mengikut saiz yang dikehendaki.Perlu diingat,ukuran tengkuk ni kena betul-betul ikut saiz kepala custemer.Takut tak muat,susah juga kalau nak betulkan semula.





Kemudian,potong kertas pengeras bergam dalam setengah inci,gamkan dengan menggunakan seterika kat sekeliling kawasan tengkuk tadi.Gamkan kat bahagian dalam kain tau.Seeloknya guna kertas bergam yang tak tebal sangat.Teknik ni supaya bila kita nak sambung lis nanti,kain takla berbulu.Hasil kerja pun akan jadi lebih kemas.kalau tak percaya cuba try jahit tanpa letak kertas pengeras ni.






Ok.Dah siap gam kertas pengeras tadi,bolehla ambil lis ikut warna yang sesuai dengan warna kain.Mula-mula sekali,kita jahit dari hujung belah macam dalam gambar ni.Saya suka jarumkan dulu bagi kain dengan lis tadi tak bergerak.Mudahla sikit kerja menjahit.








 Mula menjahit.Perlu diingat ye.Matikan jahitan pada permulaan setiap jahitan supaya benang x terbuka semula.Jahitla sampai kat bucu tengkuk.










Bila dah sampai kat bahagian bucu tengkuk,tanamkan jarum,kemudian gerakkan kain untuk mendapatkan bahagian bucu yang tajam.Atau berbentuk bucu yang kemas la.








 Bila dah jadi bucu yang betul-betul memuaskan hati dan kemas,barula sambung menjahit.Begitu juga kalau dah sampai kat bahagian bucu yang lagi satu,tanamkan jarum pas2 gerakkan kain untuk mendapat posisi bucu yang terbaik.










Jahitla sampai ke hujung tempat permulaan tadi.









Ok.Untuk mengemaskan bahagian dalam pula,mula-mula sekali,kena pastikan bahagian bucu tadi di terbalikkan dulu.Harap-harap korang pahamla dengan bantuan gambar ni ye.Gunala hujung gunting ke pen ke untuk cucuk pada bucu tu bagi dia tajam.jangan sampai terkoyak pula ye.Slow n steady.







Ni kat bahagian dalam kain ok.Bika dah dapat bucu yang dikehendaki,temukan macam dalam gambar ni







.



Bagi bucu sama paras dengan bucu.Jarumkan supaya melekat.









Yang dibahagian hujung juga dijarumkan.Kita nak jahit kat bahagian hujung 2 sikit untuk menyambungkan antara lis kiri dan kanan.Kat bahagian ni la agak susah juga.







Jahitkan betul-betul dekat bekas jahitan yang ada.












Jahitkan zig zag di bahagian hujung lis tadi.












Potong yang selebihnya untuk kekemasan.









Haaa dah siap di bahagian luar kain.Sekarang kita nak jahitkan kat bahagian dalamnya pula.Harap-harap setakat ni korang pahamla ye.










Kita mulakan dari bahagian bucu juga ye.











Jahit terus sampai kat bucu satu lagi.Sama juga.Tanamkan jarum kat betul-betul hujung bucu,pastu gerakkan kain untuk mendapatkan bucu yang tajam.Bila dah dapat barula teruskan jahit ye.








Nampak tak.Bagi betul-betul bucu dia tajam.Barula cantik dan kemas.Teruskan menjahit sampaila ke hujung tempat yang mula-mula tadi.Jangan lupa untuk matikan jahitan.









Dah siap jahit,bolehla digosok supaya lagi kemas.Gosokkan bahagian luar dan dalam.










Inikah hasilnya bila dah siap.Kalau yang dah mahir tu,boleh siap dalam 15minit je.Tahniah ye pada yang dah berjaya.Kalau ada yang nak bertanya apa-apa,komen je kat bawah ni.











Lagi satu,kalau nak nampak algi kemas,sembatkan halus-halus kat lis tadi macam dalam gmbar ni.Supaya bila baju ni di basuh.takdela kawasan dalam lis tadi berbulu-bulu.

SELAMAT MENCUBA...